Thursday, 16 October 2014

rawatan tradisional demam

Daun bunga raya - ramaskan daun bunga raya dgn air. Biar sampai keluar lendir (macam likat gitu). Kemudian letak ke atas kepala. Biar sampai kering. Insayaallah panas akan hilang.

Air barli - rebus barli. Kemudian sejukkan. Jgn ditambah gula. Minum airnya. Badan anda akan rasa lebih segar.

Minum air masak - banyakkan minum air masak. Tentu ia akan melegakan.

Air batu - ni selalu saya amalkan. Letak air batu di atas kepala. Ia sakit sedikit tapi ia dpt menurunkan panas dgn cepat.

Makan aiskrim - ni juga petua yg baru saya dapat. Makan aiskrim terutama perisa vanila.

Air badak - selalu juga saya amalkan. Utk menyejukkan badan.

Harap dgn informasi ini dapat membantu anda. 

Tuesday, 27 May 2014

RESEPI PULUT SERUNDING

Atas permintaan ramai. perkongsian resepi PULUT SERUNDING. bak kata perpatah... ilmu harus dikongsi2kan. tak usah kedekut.

BaHaN UtK PuLuT
* 3 CAWAN PULUT (cuci pulut tu & rendam selama 1/2jam & kemudian toskan)
* SANTAN + AIR SECUKUPNYA (kalo masuk santan semuanya takut lemak sangat, tu yg tambah air sikit)
* GARAM SECUKUP RASA
* DAUN PANDAN (ini terpulang kalo nak letak pun blh x nak letak pun x pe... x de masalah)

CaRa2NyA :
* Panaskan pengukus kemudian masukkan pulut ke dlm bekas seperti loyang & tuangkan santan + air ke dalam pulut itu. sukatannya santan + air tadi mestilah melebihi sukatan pulut. maknanya pulut tu tenggelam dgn santan + air.
* Masukkan garam jgn masin bab nnt kita nak kawinkan pulut tu dgn serunding.
* Masak selama 20 - 30 minit. (gaul pulut tu 2 - 3 kali takut pulut tu masak x sekata)
* Tutup Api & sejukkan.
* Buat bentuk bulat2 dgn menggunakan scop aiskrim. (jika x nak melekat, balut plasik pada scop aiskrim tersebut)

OK BAB PULUT DAH SETTLE. KITA BUAT SERUNDING PULA.... SENANG SGT

BaHaN2
* 1 BIJI KELAPA PARUT
* 2 ULAS BAWANG PUTIH
* 5 BIJI BAWANG MERAH
* 1 BATANG SERAI
* 1/2 INCI LENGKUAS
* 3 BIJI CILI KERING (KALAU NAK PEDAS LETAK LEBIH SIKIT)
* 1 CAMCA BESAR KETUMBAR
* 1 CAMCA KECIL JINTAN HALUS
* 1 CAMCA KECIL JINTAN KASAR

* SEDIKIT GULA MELAKA / GULA MERAH
* SEGENGGAM UDANG KERING

 

(BAHAN2 DI ATAS SEMUANYA DIJADIKAN SATU & DIKISAR.)

* 1 KEPING ASAM KEPING
* GARAM SECUKUP RASA
* MINYAK MASAK

CaRa2NyA
* Panaskan Minyak Kemudian tumis bahan yang telah dikisar tadi. Biar sampai naik minyak & bau.
* Masukkan garam & asam keping.
* Baru masuk kelapa. gaul sehingga rata. masak dlm 2 - 5 minit gitu.
SIAP.....SENANGKAN... BAHAN PUN MUDAH DIJUMPAI.... SELAMAT MENCUBA...


Thursday, 12 December 2013

SnOw ChEEsE CaKe / KeK ChEEsE MeLeLeH

Sebenarnya dah lama nak buat KeK ChEEsE MeLeLeH ini... membuat kek ini memang cukup mudah. campur semua bahan . lepas tu putar @ pukul sampai kembang & gebu. Oklah cerita panjang pun tak guna, Jom kita terjah BaHaN2nYa...


BaHaN2NyA :

bAhAn UnTuK kEk

6 BIJI KUNING TELUR
4 BIJI PUTIH TELUR
100G GULA HALUS
100G TEPUNG HONG KONG (boleh guna tepung kek, kalau guna tepung Hongkong, kek anda akan kelihatan sangat putih & gebu)
60G TEPUNG JAGUNG
50G AIR SEJUK (ambil dari peti ais)
1 SUDU KECIL BAKING POWDER
1 SUDU KECIL ESEN VANILLA
2 SUDU BESAR OVELLET
75G MENTEGA (dicairkan)

CaRa2nYa :

1) MASUKAKAN SEMUA BAHAN KECUALI MENTEGA YG TELAH DICAIRKAN.
2) PUTAR BAHAN2 TERSEBUT SEHINGGA KEMBANG & GEBU. MAKNANYA SEHINGGA BAHAN TERSEBUT KELIHATAN BERWARNA PUTIH & RINGAN.
3) AKHIR SEKALI MASUKKAN MENTEGA CAIR DAN PUKUL HINGGA SEBATI.
4) MASUKKAN DALAM LOYANG BERUKURAN 8 INCI.
5) BAKAR SELAMA 45 MINIT - 1 JAM - 150'C.
6) BAKAR DENGAN OVEN API ATAS & BAWAH.

bAhAn UnTuK KrIm ChEEsE

1 KOTAK CREAM CHEESE PHILADELPHIA
1/2 TIN SUSU PEKAT MANIS
1 SUDU KECIL PAMESAN CHEESE (kalau tak letak pun tak pe. Kalo letak, cheesenya lagi terasa)

CaRa2nYa :

1) SATUKAN CREAM CHEESE & SUSU PEKAT MANIS
2) PUKUL BAHAN TERSEBUT SAMPAI TIDAK BERKETUL.

bAhAn UnTuK ToPPiNg

CHEDDAR CHEESE KRAFT (cheese parut)

CaRa2nYa :

1) TABURKAN CHEESE DI ATAS KEK YG SUDAH SIAP



tengahlah bukan main naik kek tu... baunya sungguh memukau.
kek ini sebenarnya saya tak tabur cheese diatasnya.. bab stok cheese kat rumah dah habis... 

tengok struktur kek tu... sungguh gebu...


Wednesday, 13 November 2013

ReSePi PiSaNg GoReNg ChEeSe

Saja2 nak kongsi resepi ini. Ada yang suka & ada yang tidak... Jika anda penggemar Goreng Pisang & Cheese.... Sudikan2 diri anda untuk memasak resepi ini. SeLaMaT MeNcUbA....



bAHan2nYA :


1 CAWAN TEPUNG BERAS
1/2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 BIJI TELUR
AIR SECUKUPNYA
GARAM SEDIKIT

(INI UNTUK TEPUNG GORENG PISANG)

CARA2nya :-

SENANG SAHAJA.... CAMPURKAN BAHAN2 TERSEBUT GAUL HINGGA SEBATI.... SENANG & MUDAH...

GUNAKAN PISANG ABU...

BELAH 2 PISANG TERSEBUT

KEMUDIAN CELUP DALAM TEPUNG

& GORENG....

PASTIKAN MINYAK BENAR2 PANAS....

ALIH2KAN PISANG YG DI GORENG

NAMPAK SUDAH KEKUNINGGAN ANGKAT & TOSKAN MINYAKNYA...

bAHAN2

CHEESE PARUT (BELI KAT KEDAI KEK)
SUSU PEKAT

LETAKKAN PISANG GORENG DIATAS PIRING
TUANGKAN SUSU PEKAT KE ATAS GORENG PISANG TERSEBUT (JIKA TIDAK MAHU MANIS.... TUANG SEDIKIT SAHAJA)
KEMUDIAN TABURKAN PULA CHEESE KEATAS GORENG PISANG ITU.


SIAP

kalo nak tengok macam mana rupanya PiSaNg GoReNg cHeeSe iNi... sudikan2 menjenguk Ke iNSTAGRAm zana_rz

TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi mElUaNgKaN sEdIkIt MaSa AnDa uNtUk mEmBaCa BlOg iNi....xoxo....

Friday, 18 October 2013

ReSePi KeK BuTTeR CoKlAt ChIp

Resepi ini dari ciptaan sendiri. Buat suka2. Rupa2 jadi juga akhirnya. Atas permintaan ramai... Ini resepinya...

BaHaN2NyA : -

250G Butter
1 Cawan Gula (Kalau tak nak manis kurangkan)
2 Cawan Tepung Kek
1 Sudu Kecil Esen Vanilla
3 Biji Telur
1 Sudu Kecil Baking Powder
Coklat Chip Secukup Rasa

CaRa2Nya : - 

1) Gula + Putih Telur = Pukul hingga Kembang
2) Masukkan Kuning Telur Satu Per Satu
3) Masukkan Esen Vanilla
4) Masukkan Butter
5) Masukkan Tepung Kek + Baking Powder
6) Letakkan Adunan dalam loyang. Kemudian taburkan coklat chip diatasnya....
7) Bakar 160 darjah calcius selama 30 minit.

adunan yg belum di masak...

tengah masak...

sudah masakkkkkk.... baunya menusuk kalbu...

sedia untuk di makan....


PETUA :

1) JIKA TIDAK MAHU ADUNAN MELETAK LETAKKAN SEDIKIT BUTTER / MARJERIN PADA BEKAS ADUNAN & KEMUDIAN TABURKAN SEDIKIT TEPUNG DIATAS.

CUBALAH RESEPI INI.... MUDAH & SENANG....

TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWAT BLOG INI.... LUV U ... XOXO