Wednesday, 24 October 2012

NASI LEMAK DAUN PISANG

SEBENARNYA DAH LAMA NAK TULIS PASAL NASI LEMAK DAUN PISANG NI. CUMA MASA MENYEMBURUI SAYA UNTUK KERUANGAN INI. NASI LEMAK ADALAH SARAPAN KEGEMARAN MASYARAKAT DI MALAYSIA. TIDAK KIRA MELAYU , CINA MAHUPUN INDIA. SEBAB ITULAH KITA DI KATAKAN 1 MALAYSIA, 1 NEGARA. CITARASA KITA SEMUANYA SAMA. SEBELUM SAYA MELERET YANG BUKAN2, BAIK SAYA TERUSKAN CERITA KE PANGKAL JALAN KALAU TIDAK KAMU SEMUA AKAN MENDERITA MEMBACA AYAT- AYAT YANG SAYA TULISKAN NANTI. 
SEBENARNYA SAYA & SUAMI TENGAH MENGUSAHAKAN JUALAN NASI LEMAK DAUN PISANG. KAMI MULA BERNIAGA SEAWAL BULAN OCTOBER. PADA MULANYA KAMI TAK BERANI  NAK BERNIAGA ( YG TAKUT TU SAYA.... SUAMI RELAKS JERRR). SAYA PALING TAK SUKA UNTUK MENGHADAPI RISIKO YG MERUGIKAN. TETAPI KALAU MAHU MENJADI PENIAGA YANG BERJAYA MESTI SANGGUP MENGHADAPI SEMUA INI. 
PAGI2 SEAWAL 5.00 PAGI SAYA SUDAH MULA MEMASAK NASI LEMAK. PUKUL 6.45PG SIAP UNTUK BERNIAGA. PENGALAMAN INI MEMANG MENYERONOKKAN. WALAUPUN PENAT TAPI HATI KAMI PUAS. 
NASI LEMAK DAUN PISANG

TERBAIK DARI KAMI
SEMOGA USAHA BERNIAGAAN KAMI INI AKAN MAJU & TERUS MAJU UNTUK SELAMANYA. SEMOGA IA DAPAT MENJADI SALAH SATU PUNCA PENDAPATAN BAGI  KAMI SEISI KELUARGA. SOKONGAN DARIPADA KAMU SEMUA ADALAH KEMUNCAK KEJAYAAN KAMI.
JIKA ADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENEMPAH NASI LEMAK... BOLEH LAH EMAIL KEPADA SAYA. TEMPAHAN DARIPADA PIHAK KAMU SEMUA.... AMAT2 SAYA HARGAI.....

No comments: