Wednesday, 30 January 2013

CUP CAKES

HALLOOO.. HALLOOO...HALLOOO... HAI DAH LAMA RASANYA TAK BERCERITA DI SINIKAN. RINDU PADA KAMU SEMUA. SEBENARNYA TERLALU BANYAK KERJA BUAT MASA SEKARANG INI. MENTANG2 LAH DAH NAK RAYA CINA. MACAM KITA PULAK YANG RAYA KAN.

ADA CERITA BARU NAK KONGSI DENGAN KAMU SEMUA. GENG...GENG...GENG... CUP CAKES IN THE HOUSE... 


CUP CAKE VERSI ULTRAMAN UOLLSS... NI SEMUA GARA2 EN HARITH YANG FANATIK DENGAN ULTRAMAN. SEKARANG SAYA MEMBUKA TEMPAHAN. JIKA ADA SESIAPA YANG BERMINAT NAK ORDER CUP CAKE INI. BOLEHLAH SMS @ EMAILKAN ORDER ANDA KEPADA SAYA.

SEKARANG JOM KITA CUCI MATA UOLLSSS...




MEKASIH KERANA SINGGAH SELALU DI BLOG INI.....


Tuesday, 8 January 2013

KEDAI MENJUAL BAHAN-BAHAN KEK

Kali ini saya nak share dengan kamu semua. Kedai bahan kek yang sering kali saya kunjungi.Selalunya saya akan survey dulu harga barangan di kedai tersebut. Mana kedai yang murah & mana kedai yang mahal. Kebanyakkan kedai yang saya pergi, harganya tak sama.

KEDAI MENJUAL BAHAN- BAHAN KEK & ROTI (HOI) - SELAYANG, SELANGOR
Kedai ini di SELAYANG berhampiran dengan PASAR BORONG SELAYANG berhadapan dengan PETRONAS. Kedai ini selalunya saya beli koko powder, cheese, papan kek & tepung kek.Harganya memang berpatutan. Ni alamatnya : HOUSE OF INGREDIENTS SDN BHD, 89, JALAN BESAR, SELAYANG BARU, 68100 BATU CAVES, SELANGOR.Tel no : 03 - 6131 1216 BUKA : 9 AM to 5.30 PM Isnin  to Sabtu 9AM to 1PM setiap AHAD



PEBGELUAR DAN PEMBEKAL BAHAN-BAHAN MEMBUAT KEK (MAMADELI) - RAWANG, SELANGOR
Kedai ini terletak di BATU 16 RAWANG. berhadapan dengan PUBLIC BANK.
Kedai ini selalunya saya membeli loyang bab saya rasa harganya jauh lebih murah daripada kedai yang lain.

PEMBEKAL BAHAN-BAHAN BAKERI (BAKE WITH YEN SDN BHD)
Kedai ini terdapat 2 cawangan (yang saya selalu pergi) 1 cawangan di JALAN LORONG HAJI TAIB, KUALA LUMPUR. berhampiran dengan Kompleks GM dan ia deret dengan balai bolis lorong haji taib.Ni alamatnya : BAKE WITH YEN SDN BHD, NO 33 LORONG HAJI TAIB SATU, 50350 KUALA LUMPUR. TEL NO : 03 - 2692 7623. 1 cawangan lagi di PUCHONG berhampiran dengan PUBLIC BANK, ni alamatnya : No 30 & 32, Jalan Persiaran Puteri 1, Bandar Puteri, 47100 Puchong Tel : 03 - 8060 1828 Fax : 03-8060 8828.Harga barangan di kedai ini pun murah juga. Contohnya seperti plastic beg, koko powder, baking powder, soda bikarbonate dll. BUKA 10AM TO 6PM ISNIN TO SABTU
ni di PUCHONG


Ini saya info yang dapat saya kongsikan bersama kamu semua. Semoga dengan info yang saya berikan ini dapat membantu kamu dalam mencari bahan-bahan membuat kek dengan lebih mudah. 

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini.


Monday, 7 January 2013

PERCUTIAN PERTAMA 2013

Selamat tahun baru untuk semua. rasanya tak terlambat walaupun dah nak masuk tengah bulan. Harap2 tahun ini, kita semua lebih cemerlang daripada tahun yang sebelumnya. Tutup buku lama dan mulakan dengan buku baru. Tetapi kalau buku lama ada banyak perkara yang belum terlaksana so tepuk kepala cari punca. Ingat semua masalah boleh diatasi. SELAMAT TAHUN BARU 2013.

Ok nak cerita pasal percutian pertama kami, PALACE OF THE GOLDEN HORSES, Kuala Lumpur tempat yg dipilih. Sebenarnya percutian kali ini disebabkan en Harith yg request kat daddy nak tidur hotel. Cari punya cari dapat kat sini. Jadilahkan dapat tidur 1 malam. Memang happy muka en Harith. Seronok tengok gelagat anak2ku ini. Terhibur rasanya walaupun penat.

Jom Layan Gambar....


..