Thursday 12 December 2013

SnOw ChEEsE CaKe / KeK ChEEsE MeLeLeH

Sebenarnya dah lama nak buat KeK ChEEsE MeLeLeH ini... membuat kek ini memang cukup mudah. campur semua bahan . lepas tu putar @ pukul sampai kembang & gebu. Oklah cerita panjang pun tak guna, Jom kita terjah BaHaN2nYa...


BaHaN2NyA :

bAhAn UnTuK kEk

6 BIJI KUNING TELUR
4 BIJI PUTIH TELUR
100G GULA HALUS
100G TEPUNG HONG KONG (boleh guna tepung kek, kalau guna tepung Hongkong, kek anda akan kelihatan sangat putih & gebu)
60G TEPUNG JAGUNG
50G AIR SEJUK (ambil dari peti ais)
1 SUDU KECIL BAKING POWDER
1 SUDU KECIL ESEN VANILLA
2 SUDU BESAR OVELLET
75G MENTEGA (dicairkan)

CaRa2nYa :

1) MASUKAKAN SEMUA BAHAN KECUALI MENTEGA YG TELAH DICAIRKAN.
2) PUTAR BAHAN2 TERSEBUT SEHINGGA KEMBANG & GEBU. MAKNANYA SEHINGGA BAHAN TERSEBUT KELIHATAN BERWARNA PUTIH & RINGAN.
3) AKHIR SEKALI MASUKKAN MENTEGA CAIR DAN PUKUL HINGGA SEBATI.
4) MASUKKAN DALAM LOYANG BERUKURAN 8 INCI.
5) BAKAR SELAMA 45 MINIT - 1 JAM - 150'C.
6) BAKAR DENGAN OVEN API ATAS & BAWAH.

bAhAn UnTuK KrIm ChEEsE

1 KOTAK CREAM CHEESE PHILADELPHIA
1/2 TIN SUSU PEKAT MANIS
1 SUDU KECIL PAMESAN CHEESE (kalau tak letak pun tak pe. Kalo letak, cheesenya lagi terasa)

CaRa2nYa :

1) SATUKAN CREAM CHEESE & SUSU PEKAT MANIS
2) PUKUL BAHAN TERSEBUT SAMPAI TIDAK BERKETUL.

bAhAn UnTuK ToPPiNg

CHEDDAR CHEESE KRAFT (cheese parut)

CaRa2nYa :

1) TABURKAN CHEESE DI ATAS KEK YG SUDAH SIAP



tengahlah bukan main naik kek tu... baunya sungguh memukau.
kek ini sebenarnya saya tak tabur cheese diatasnya.. bab stok cheese kat rumah dah habis... 

tengok struktur kek tu... sungguh gebu...


Wednesday 13 November 2013

ReSePi PiSaNg GoReNg ChEeSe

Saja2 nak kongsi resepi ini. Ada yang suka & ada yang tidak... Jika anda penggemar Goreng Pisang & Cheese.... Sudikan2 diri anda untuk memasak resepi ini. SeLaMaT MeNcUbA....



bAHan2nYA :


1 CAWAN TEPUNG BERAS
1/2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 BIJI TELUR
AIR SECUKUPNYA
GARAM SEDIKIT

(INI UNTUK TEPUNG GORENG PISANG)

CARA2nya :-

SENANG SAHAJA.... CAMPURKAN BAHAN2 TERSEBUT GAUL HINGGA SEBATI.... SENANG & MUDAH...

GUNAKAN PISANG ABU...

BELAH 2 PISANG TERSEBUT

KEMUDIAN CELUP DALAM TEPUNG

& GORENG....

PASTIKAN MINYAK BENAR2 PANAS....

ALIH2KAN PISANG YG DI GORENG

NAMPAK SUDAH KEKUNINGGAN ANGKAT & TOSKAN MINYAKNYA...

bAHAN2

CHEESE PARUT (BELI KAT KEDAI KEK)
SUSU PEKAT

LETAKKAN PISANG GORENG DIATAS PIRING
TUANGKAN SUSU PEKAT KE ATAS GORENG PISANG TERSEBUT (JIKA TIDAK MAHU MANIS.... TUANG SEDIKIT SAHAJA)
KEMUDIAN TABURKAN PULA CHEESE KEATAS GORENG PISANG ITU.


SIAP

kalo nak tengok macam mana rupanya PiSaNg GoReNg cHeeSe iNi... sudikan2 menjenguk Ke iNSTAGRAm zana_rz

TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi mElUaNgKaN sEdIkIt MaSa AnDa uNtUk mEmBaCa BlOg iNi....xoxo....

Friday 18 October 2013

ReSePi KeK BuTTeR CoKlAt ChIp

Resepi ini dari ciptaan sendiri. Buat suka2. Rupa2 jadi juga akhirnya. Atas permintaan ramai... Ini resepinya...

BaHaN2NyA : -

250G Butter
1 Cawan Gula (Kalau tak nak manis kurangkan)
2 Cawan Tepung Kek
1 Sudu Kecil Esen Vanilla
3 Biji Telur
1 Sudu Kecil Baking Powder
Coklat Chip Secukup Rasa

CaRa2Nya : - 

1) Gula + Putih Telur = Pukul hingga Kembang
2) Masukkan Kuning Telur Satu Per Satu
3) Masukkan Esen Vanilla
4) Masukkan Butter
5) Masukkan Tepung Kek + Baking Powder
6) Letakkan Adunan dalam loyang. Kemudian taburkan coklat chip diatasnya....
7) Bakar 160 darjah calcius selama 30 minit.

adunan yg belum di masak...

tengah masak...

sudah masakkkkkk.... baunya menusuk kalbu...

sedia untuk di makan....


PETUA :

1) JIKA TIDAK MAHU ADUNAN MELETAK LETAKKAN SEDIKIT BUTTER / MARJERIN PADA BEKAS ADUNAN & KEMUDIAN TABURKAN SEDIKIT TEPUNG DIATAS.

CUBALAH RESEPI INI.... MUDAH & SENANG....

TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWAT BLOG INI.... LUV U ... XOXO



Wednesday 4 September 2013

BuSiNeSs OnLiNe

Salam semua... lama menyepi bukan apa. Terlalu banyak sangat kerja kebelakangan ini. Dari start puasa sampailah sekarang. Tapi sekarang ini kita nak cerita dengan kamu2 semua. Sebenarnya kita mula berjinak2 nak membuat business online. Sebelum business online bermula, kita jual dulu kat pekerja - pekerja. Alhamdullillah rezeki dari ALLAH. Sambutannya cukup menggalakkan. Mula2 takut juga nak bawa . al-maklumlah beg tangan wanita. TAKUT TIDAK ADA SAMBUTAN. tapi SAMBUTANNYA CUKUP LUAR BIASA. Mula2 tu bawa 8 biji beg tangan je (takut tak laku). Hari seterusnya 12 biji (budget jualan habis... memang habis pun... senyum sampai ke telinga) . Dan hari yg ke-3 ambik ko, kita bawa 18 biji.... semuanya SOLD OUT.

Sebenarnya nak cerita kat sini, JANGAN TAKUT UNTUK MELAKUKAN SESUATU YANG KITA SUKA. Perasaan MALU / TAKUT / SEGAN  & SEBAGAINYA AKAN BERLEGAR2 BERMAIN DISEKELILING OTAK. CUBA FIKIR POSITIF. JIKA TIDAK BERJAYA CUBA LAGI. JANGAN MENGALAH @ BERPUTUS ASA. KAMU MESTI YAKIN. KAMU AKAN BERJAYA.

Bagi yang ingin memulakan BUSINESS ONLINE, ini saranan kita :
1) Jangan beli barang yg kita hendak jual itu, terlalu banyak. Bukan apa takut x dapat dijual siapa yang rugi.
2) Jangan ikut kawan. CTHNYA : kalau kawan jual tudung & kita tengok ia berjaya. kita pun nak jual tudung.
3) Jika kita ada KEMAHIRAN. Cthnya : membuat KEK. So gunakan kemahiran tersebut sebagai produk
4) POPULARKAN DIRI ANDA. apabila ramai yg mengenali kamu, pasti mereka tidak ragu untuk membelinya.
5) Selalulah buat PROMOSI DI ATAS BARANGAN YG KAMU JUAL. cewah... nanti kita akan buat promosi jualan bagi BEG TANGAN & KEK & PAKAIAN WANITA & PAKAIAN LELAKI & BISKUT RAYA.... jika ada berminat boleh la pm kita kat FB.
6) Bila dah ada produk, kita kena ada BANK untuk memudahkan pelanggan membayar secara online. (cth MAYBANK / CIMB ) ada banyak bank lagi.

Itu saja yg dapat kita kongsikan dengan kamu semua. diharap dengan informasi tersebut dapat menolong. Sebelum itu, jom kita layan gambar2 di bawah : -

BEG YANG TELAH HABIS DI SAMBAR HARGANYA CUMA RM25.00 TIDAK TERMASUK PENGHANTARAN.

CANTIK... MEMANG CANTIK TAK TIPU.... MURAH... RM 35.00 TIDAK TERMASUK PENGHANTARAN.

MEMANG GLOPPPP... RM25.00 SAHAJA TIDAK TERMASUK PENGHANTARAN.
BAGI YANG BERDEKATAN. KOS PENGHANTARAN TIDAK DICAJKAN. HANYA DI KAWASAN2 TERPILIH (BATU CAVES / PUCHONG & SETIA ALAM). JIKA INGIN MELIHAT DENGAN LEBIH BANYAK LAGI SUDI2KANLAH MENJENGUK KE INSTAGRAM KITA ZANA_RZ.


TERIMA KASIH.... KERANA MENYINGGAH... KAMU MEMANG BEST.....LUV...LUV...LUV..XOXO

Friday 31 May 2013

HoLiDaY ViLLa ~ ChErAtInG PaHaNg

Hotel ini mmg best untuk family gi bercuti sebab lokasinya berdekatan dengan laut. Sebenarnya kami pergi ke cherating ini semperna Hari Lahir En Suami. Masa kami pergi ini bukan hari bercuti. Takde la ramai orang yang ke sana. Cherating.... pantainya mmg cantik... airnya jernih...
Makanan pula.... jangan risau.. kat dalam hotel pun ada ... kat luar hotel lagi la banyak. Dari Sarapan sampai la Makan Malam, kami semua makan di luar. Banyak pilihan & harganya pun berpatutan. Kadang2 terkezutttt dgn harga yg diberikan bab murah berbanding dengan KL.
Ok la... semua JOM KITA LAYAZZZZZ GAMBAR..
GERBANG MASUK

DARI PANDANGAN HADAPAN

JENIS VILLA

KOLAM 1

VILLA

KOLAM 2

NI MASA KAMI LEPAS MANDI LAUT PASTU NAK GI MANDI KOLAM PULAK...

PANDANGAN DARI CAFE HOTEL

PANTAINYA SUNGGUH2 CANTIK

NI 2 HERO SAYA....

MANDI2 UOLZZZZ

RIANG RIA DI HARI CUTI...

CANTIKKKK TAKKKK....MMG SELESA...

HOTEL CAFE

SRONOK MAIN AIR.....

NI BILIK KAMI.... SELESA

NI PUN... SAMA JER DGN YG ATAS

TV X BERAPA NAK BESAR... TP OK LA... BUKAN TGK TV PUN

KEDAI INI MMG SEDAP & MURAH NAMANYA WARUNG WAIB

KUAH ASAM MMG TERBAIKKK...

IKAN STIM... NI MENU WAJIB

SOTONG GORENG TEPUNG.... PUN SODAPPPP

IKAN PARI BAKAR.... X PEDAS

MUKA ORANG KEBULURAN... HAHAHA
NI HARGANYA.... BERBALOIKAN.....


NI UNTUK DADDY
SUKANYA DAPAT HADIAH

LUV U.....
 Ok... semoga anda semua terhibur.....TERIMA KASIH MENGUNJUNGI BLOG INI.

Wednesday 29 May 2013

ReSePi LaKsA PeNaNg MaK MeRtUaKu

Salam semua... semoga kamu semua dalam keadaan sihat & bahagia. Dah lama tak update blog ini. Hari ini baru berkesempatan nak berblogger. So arini saya nak berkongsi RESEPI LAKSA PENANG MAK MERTUAKU. Resepi ini saya dapat drpd mak mertua saya. Mak mertua saya memang power buat LAKSA PENANG ini. Kalau makan mesti bertambah2....x percaya cuba resepi ini....


BAHAN2 :

1/2KG IKAN KEMBUNG (IKAN KEMBUNG TU JGN YG BESAR YG SEDANG PUNYA)

1/2KG IKAN SARDIN 

*6 BIJI BAWANG BESAR 

*1 INCI BELACAN

# SEGENGGAM CILI KERING (KALAU NAK PEDAS BOLEH TAMBAH LAGI)

SEGENGGAM ASAM KEPING

4 BATANG BUNGA KANTAN

2 IKAT DAUN KELSOM

GARAM

CARA2 :

1) IKAN KEMBUNG & IKAN SARDIN DISIANG. PASTU CUCI BERSIH2. KEMUDIAN REBUS HINGGA MASAK. 

2) ASINGKAN ISI IKAN DGN TULANG.

3) KISAR ISI IKAN DAHULU DENGAN AIR REBUSAN IKAN TADI.

4) KEMUDIAN KISAR TULANG IKAN DENGAN MENGGUNAKAN AIR REBUSAN & TOSKAN AIRNYA.

5) BAWANG BESAR + BELACAN DI KISAR.

6) CILI KERING DIREBUS. KEMUDIAN DIKISAR.

7) BAHAN2 DI ATAS DISATUKAN DI DALAM PERIUK.

8) MASUKKAN ASAM KEPING + BUNGA KANTAN YG TELAH DIPOTONG 2 + DAUN KELSOM.

9) MASUKKAN GARAM.

10) MASAK BAHAN2 TERSEBUT HINGGA MENGGELEGAK.

11) KEMUDIAN RASA.... KALO KURANG MASIN TAMBAH GARAM... KALAU KURANG MASAM TAMBAH ASAM KEPING... SENANG JERKAN....

SELAMAT MENCUBA RESEPI LaKsA PeNaNg MaK MeRtUaKu


Friday 29 March 2013

TemPaT - tEmPaT mEnArIk dI TeReNgGaNu ~ SeRoNoKnYa CuTi

Baru nak ceritakan pengalaman kami pergi bercuti ke negeri TeReNgGaNu. sebenarnya kami pergi masa cuti raya cina. lamakan????... mood malas nak menulis. sekarang ini, mood tengah rajin uolsss. kami berada di TeReNgGaNu selama 3 hari 2 malam....
tengok muka2 ceria kami nak bercuti.... kami gerak pagi ahad... perjalanan dari KL Ke TeReNgGaNu mengambil masa dalam 6 jam tetapi kami mengambil masa dalam 8 jam.... power kan..(erti kata suami saya ini, pemandu yang berhemah.... biar lambat asalkan selamat...tulah ayat yang selalu di keluarkan oleh en. suami.....TERBAIK). KL - KARAK HIGHWAY. kami berhenti di R&R Temerloh untuk memenuhi hajat  perut.
ramainya orang tak hingat.... al maklumlah cuti sekolah katakan. selepas itu kami meneruskan perjalanan kami. dalam perjalanan, kami ternampak beberapa tempat yang menarik. nak tulis pun tak berapa hingat tempat2 tersebut... jadi layan jer la gambar yang diambil oleh en suami...
kawasan ini memang banyak jual lemang.... panas2.... sedap jugak...

ini zoo mini TeReNgGaNu

mini zoo kemaman....  masuk kena bayar : DEWASA = RM10 & KANAK2 = RM 5. kalau kat situ kita boleh naik tram yang disediakan. di sini haiwannya tidaklah sebanyak haiwan yg berada di zoo negara. (dah nama pun zoo mini). selepas itu kami meneruskan perjalanan ke RANTAU ABANG. kami bermalam di sini (1 malam).
nampak tak?????? tu chalet yg kami menginap

ombaknya memang kuat.... takut nak mandi

di kedai kami melantak sarapan pagi

tengok muka masing2... so sweet...

kami kanak2 riang gembira

ini kanak2 riang dewasa... hahahaha

hari yang ke2 kami ke Kuala Terengganu. di sana kita bolen jumpa masjid yang cantik2. kami ke masjid tengku tengah zaharah. masjid ini terletak di atas air. ada yang panggil masjid terapung.
pandangan dari bawah
pandangan dari atas
berhampiran dengan masjid ini ada terdapat 1 kawasan perkelahan. di sinilah baru anak2 terunaku dapat mandi laut. airnya cetek jeeeee.


lepas selesai semua mandi.... kami pun baru cari hotel untuk bermalam... kami ambil hotel di tengah bandar kuala terengganu. YT MIDTOWN HOTEL.
pandangan dari bilik hotel kami.
hotel ini berdekatan dengan Chinatown & Pasar Payang. malam itu kami hanya pergi ke chinatown. masa kami pergi itu, ada pesta thai.
barang & makanan yang di jual di situ sama jer dengan kedai thai yang ada di KL. nak kata harga... sama jeeee. x murah pun malah ada yg lebih mahal pulak tu. kat situ x beli apa2 pun. hanya isi perut jerrrr bab perut kami dah menyanyi. kami makan area dekat2 chinatown tu. tepi laut... sedap juga & harga pun boleh tahan.


ok hari yg ke3.... siap2 gi sarapan.... sarapan free...bukan free pun dah include dgn harga penginapan. 
tengok muka masing2... poyooooo
habis sarapan kami pun bergerak gi ke PASAR PAYANG. banyak barangan terengganu yang terdapat di sini. kepada mereka yg menggemari batik eloklah datang ke sini. kainnya cantik2... harga pun cantik juga.
keropok lekor pun boleh dapat disini. semuanya ada.
Bazaar Warisan depan Pasar Payang.
habis semua urusan di PASAR PAYANG, kami pun balik semua ke hotel untuk bersiap check out. seterusnya kami pergi ke MASJID KISTRAL. masjid ini sungguh cantik. memang memukau mata yg memandang. terlalu cantik. bagi mereka yang datang ke TeReNgGaNu wajib pergi ke sini.



ini saje tempat yg kami dapat pergi. sebenarnya banyak lagi tempat yg menarik di TeReNgGaNu. CONTOHNYA : MUZIUM TERENGGANU, PULAU DUYONG, PULAU REDANG, PULAU PERHENTIAN BESAR & PERHENTIAN KECIL, PULAU LANG TENGAH, PULAU TENGGOL, PULAU KAPAS, TASIK KENYIR, AIR TERJUN CHEMERONG HULU DUNGUN, BALAI SENI UKIR BESUT,.

semoga dengan informasi yg diberikan dapat membantu kalian untuk bercuti di TeReNgGaNu.

terima kasih daun keladi, jangan lupa lawat ke blog kami lagi........