Thursday, 16 October 2014

rawatan tradisional demam

Daun bunga raya - ramaskan daun bunga raya dgn air. Biar sampai keluar lendir (macam likat gitu). Kemudian letak ke atas kepala. Biar sampai kering. Insayaallah panas akan hilang.

Air barli - rebus barli. Kemudian sejukkan. Jgn ditambah gula. Minum airnya. Badan anda akan rasa lebih segar.

Minum air masak - banyakkan minum air masak. Tentu ia akan melegakan.

Air batu - ni selalu saya amalkan. Letak air batu di atas kepala. Ia sakit sedikit tapi ia dpt menurunkan panas dgn cepat.

Makan aiskrim - ni juga petua yg baru saya dapat. Makan aiskrim terutama perisa vanila.

Air badak - selalu juga saya amalkan. Utk menyejukkan badan.

Harap dgn informasi ini dapat membantu anda. 

Tuesday, 27 May 2014

RESEPI PULUT SERUNDING

Atas permintaan ramai. perkongsian resepi PULUT SERUNDING. bak kata perpatah... ilmu harus dikongsi2kan. tak usah kedekut.

BaHaN UtK PuLuT
* 3 CAWAN PULUT (cuci pulut tu & rendam selama 1/2jam & kemudian toskan)
* SANTAN + AIR SECUKUPNYA (kalo masuk santan semuanya takut lemak sangat, tu yg tambah air sikit)
* GARAM SECUKUP RASA
* DAUN PANDAN (ini terpulang kalo nak letak pun blh x nak letak pun x pe... x de masalah)

CaRa2NyA :
* Panaskan pengukus kemudian masukkan pulut ke dlm bekas seperti loyang & tuangkan santan + air ke dalam pulut itu. sukatannya santan + air tadi mestilah melebihi sukatan pulut. maknanya pulut tu tenggelam dgn santan + air.
* Masukkan garam jgn masin bab nnt kita nak kawinkan pulut tu dgn serunding.
* Masak selama 20 - 30 minit. (gaul pulut tu 2 - 3 kali takut pulut tu masak x sekata)
* Tutup Api & sejukkan.
* Buat bentuk bulat2 dgn menggunakan scop aiskrim. (jika x nak melekat, balut plasik pada scop aiskrim tersebut)

OK BAB PULUT DAH SETTLE. KITA BUAT SERUNDING PULA.... SENANG SGT

BaHaN2
* 1 BIJI KELAPA PARUT
* 2 ULAS BAWANG PUTIH
* 5 BIJI BAWANG MERAH
* 1 BATANG SERAI
* 1/2 INCI LENGKUAS
* 3 BIJI CILI KERING (KALAU NAK PEDAS LETAK LEBIH SIKIT)
* 1 CAMCA BESAR KETUMBAR
* 1 CAMCA KECIL JINTAN HALUS
* 1 CAMCA KECIL JINTAN KASAR

* SEDIKIT GULA MELAKA / GULA MERAH
* SEGENGGAM UDANG KERING

 

(BAHAN2 DI ATAS SEMUANYA DIJADIKAN SATU & DIKISAR.)

* 1 KEPING ASAM KEPING
* GARAM SECUKUP RASA
* MINYAK MASAK

CaRa2NyA
* Panaskan Minyak Kemudian tumis bahan yang telah dikisar tadi. Biar sampai naik minyak & bau.
* Masukkan garam & asam keping.
* Baru masuk kelapa. gaul sehingga rata. masak dlm 2 - 5 minit gitu.
SIAP.....SENANGKAN... BAHAN PUN MUDAH DIJUMPAI.... SELAMAT MENCUBA...