Tuesday, 27 May 2014

RESEPI PULUT SERUNDING

Atas permintaan ramai. perkongsian resepi PULUT SERUNDING. bak kata perpatah... ilmu harus dikongsi2kan. tak usah kedekut.

BaHaN UtK PuLuT
* 3 CAWAN PULUT (cuci pulut tu & rendam selama 1/2jam & kemudian toskan)
* SANTAN + AIR SECUKUPNYA (kalo masuk santan semuanya takut lemak sangat, tu yg tambah air sikit)
* GARAM SECUKUP RASA
* DAUN PANDAN (ini terpulang kalo nak letak pun blh x nak letak pun x pe... x de masalah)

CaRa2NyA :
* Panaskan pengukus kemudian masukkan pulut ke dlm bekas seperti loyang & tuangkan santan + air ke dalam pulut itu. sukatannya santan + air tadi mestilah melebihi sukatan pulut. maknanya pulut tu tenggelam dgn santan + air.
* Masukkan garam jgn masin bab nnt kita nak kawinkan pulut tu dgn serunding.
* Masak selama 20 - 30 minit. (gaul pulut tu 2 - 3 kali takut pulut tu masak x sekata)
* Tutup Api & sejukkan.
* Buat bentuk bulat2 dgn menggunakan scop aiskrim. (jika x nak melekat, balut plasik pada scop aiskrim tersebut)

OK BAB PULUT DAH SETTLE. KITA BUAT SERUNDING PULA.... SENANG SGT

BaHaN2
* 1 BIJI KELAPA PARUT
* 2 ULAS BAWANG PUTIH
* 5 BIJI BAWANG MERAH
* 1 BATANG SERAI
* 1/2 INCI LENGKUAS
* 3 BIJI CILI KERING (KALAU NAK PEDAS LETAK LEBIH SIKIT)
* 1 CAMCA BESAR KETUMBAR
* 1 CAMCA KECIL JINTAN HALUS
* 1 CAMCA KECIL JINTAN KASAR

* SEDIKIT GULA MELAKA / GULA MERAH
* SEGENGGAM UDANG KERING

 

(BAHAN2 DI ATAS SEMUANYA DIJADIKAN SATU & DIKISAR.)

* 1 KEPING ASAM KEPING
* GARAM SECUKUP RASA
* MINYAK MASAK

CaRa2NyA
* Panaskan Minyak Kemudian tumis bahan yang telah dikisar tadi. Biar sampai naik minyak & bau.
* Masukkan garam & asam keping.
* Baru masuk kelapa. gaul sehingga rata. masak dlm 2 - 5 minit gitu.
SIAP.....SENANGKAN... BAHAN PUN MUDAH DIJUMPAI.... SELAMAT MENCUBA...


No comments: